Bayi Sungsang


Kedudukan bayi songsang bukanlah satu masalah besar sehingga menyebabkan seorang ibu tidak boleh bersalin. Akan tetapi, seboleh-bolehnya doktor akan berusaha memusing atau mengubah kedudukan bayi yang songsang kepada kedudukan normal demi untuk memudahkan proses kelahiran.
Posisi janin atau bayi songsang lazimnya akan dikenalpasti selepas pemeriksaan doktor pada minggu ke-34. Sekiranya doktor mengesyaki kedudukan bayi dalam perut tidak berada dalam kedudukan normal, maka pemeriksaan imbasan ultrasonografi (USG) akan dilakukan bagi mengenalpasti kedudukan yang songsang dan seterusnya mengambil langkah-langkah tertentu untuk memulihkannya ke kedudukan normal.

Tiga Jenis Posisi Bayi Songsang

Secara amnya, kedudukan bayi songsang tergolong dalam tiga jenis posisi:-

Posisi ‘Frank Breech’

hamil songsang_1Berlaku apabila bahagian punggung janin atau bayi berada di bawah, manakala kedua-dua kaki dan tangannya terangkat ke atas pada kedudukan hampir sama paras dengan kepala atau bahu. Dipercayai sebahagian besar kes kedudukan bayi songsang, kira-kira 65 peratus kes songsang adalah melibatkan songsang frank breech.


Posisi ‘Complete Breech’

hamil songsang_2Juga dikenali sebagai songsang sempurna, merujuk kepada kedudukan punggung janin yang berada hampir dengan mulut rahim manakala kedua-dua kakinya berlipat sempurna menghadap ke atas dalam kedudukan selari dengan telinganya.



Posisi ‘Incomplete Breech’

hamil songsang_3Kedudukan songsang tidak sempurna yang merujuk kepada posisi dengan sebelah kakinya berada di atas dan sebelah lagi di bawah.



Punca Bayi Songsang

Sehingga kini tidak dapat dipastikan dengan jelas punca-punca atau penyebab berlakunya kedudukan bayi songsang. Tentulah boleh dikatakan songsang terjadi apabila bayi di dalam rahim ibu mengubah kedudukannya, tetapi punca utama yang menyebabkan ia mengubah kedudukannya tidak dapat dipastikan.
Walau bagaimanapun, antara kes-kes bayi songsang lazimnya ditemui pada kes kehamilan berikut:-
  • Kehamilan kembar.
  • Ibu pernah melahirkan bayi pramatang.
  • Air ketuban terlalu banyak sehingga membolehkan janin bebas berpusing-pusing di dalam rahim.
  • Mengalami plasenta previa yang menutupi jalan atau laluan kelahiran sehingga mengurangkan ruang untuk janin berpusing. Justeru bayi akan berusaha untuk mendapatkan tempat yang lebih luas di bahagaian atas. Di dalam proses perubahan kedudukan itu, kemungkinan ia akan berpusing sehingga menyebabkan ia akhirnya berada dalam kedudukan songsang.
  • Pinggul ibu yang sempit sehingga memberi tekanan kepada janin untuk mengubah posisinya.

ConversionConversion EmoticonEmoticon

:)
:(
=(
^_^
:D
=D
=)D
|o|
@@,
;)
:-bd
:-d
:p
:ng
:lv
Thanks for your comment