Sakit Punggung Ketika hamil


Gejala ini juga dikenali sebagai radang sendi pinggul dan punggung atau dalam istilah Inggeris disebut “sciatica”, iaitu rasa ngilu dan sakit kerana saraf yang tersepit atau peradangan yang bermula di bahagian pinggang dan menjalar hingga ke pinggul dan punggung.

Keadaan ini selalunya berlaku di kalangan ibu hamil yang bekerja dengan kebanyakan masa dalam posisi duduk atau berdiri untuk jangka waktu yang lama. Boleh juga berlaku akibat mengangkat barang yang berat ataupun kerana terlalu lama berjalan. Aktiviti-aktiviti tersebut akan membuatkan otot di bahagian pinggul terasa tegang.

Lazimnya, rasa sakit dan ketegangan ini akan pulih setelah berehat dan mengurut lembut di bahagian yang sakit. Satu tips yang disarankan ialah sebaik-baiknya cuba elakkan untuk duduk dengan menyilangkan kaki.

ConversionConversion EmoticonEmoticon

:)
:(
=(
^_^
:D
=D
=)D
|o|
@@,
;)
:-bd
:-d
:p
:ng
:lv
Thanks for your comment