Adakalanya pada permulaan kehamilan, sel-sel yang bersatu gagal meneruskan perjalanannya ke dalam rahim. Maka, janin ini mula berkembang di tempat ia berhenti. Keadaan inilah yang disebut kehamilan luar rahim.
Setakat ini, tempat yang paling lazim bilamana sel-sel yang sudah bercantum terhenti atau dalam erti kata lain posisi di mana kehamilan luar rahim berlaku ialah pada salah satu salur ovum. Hal ini secara lebih spesifik disebut kehamilan di salur (tube pregnancy).
Punca yang paling lazim yang menyebabkan hamil di luar rahim berlaku ialah inflamasi atau terdapat halangan pada salur ovum menyebabkan janin tidak dapat melintasi salur ovum dan masuk ke dalam rahim.

Tisu-tisu dalam salur ovum tidak dapat meregang (flexible) sepertimana tisu rahim. Oleh yang demikian, setelah lebih kurang tiga bulan janin berkembang, maka salur ovum akan pecah akibat tidak dapat menampung saiz janin yang membesar.
Hal ini menyebabkan pendarahan yang serius dan amat perlu untuk pembedahan segera dilakukan. Bilamana ini terjadi, ianya boleh mengancam nyawa si ibu dan dalam hampir kesemua kes, janin yang masih belum cukup bulan tidak akan mampu melanjutkan kelangsungan hidup.

Masalah Kehamilan Luar Rahim

ConversionConversion EmoticonEmoticon