Sepanjang kehamilan, tubuh wanita akan mengalami banyak perubahan. Salah satu perubahan yang ketara adalah pengeluaran lendir dari vagina. Biasanya jumlah lendir yang keluar tempoh ini meningkat daripada biasa disebabkan pengaruh hormon yang dihasilkan ketika mengandung misalnya hormon estrogen.

Ciri-ciri keputihan ketika hamil termasuklah lendiran berwarna putih seperti susu, namun ianya tidak menyebabkan rasa gatal serta tidak pula berbau busuk. Ibu-ibu perlu tahu dan kenal perubahan pada lendir dari vagina kerana jika tidak dijaga dengan baik ianya boleh menjadi punca kepada jangkitan penyakit ataupun memberi kesan kepada proses kehamilan.
Kesan yang mungkin terjadi termasuklah jangkitan atau peradangan bakteria, parasit atau kulat. Jangkitan vagina yang lazimnya dihidapi oleh sesetengah ibu hamil adalah berkaitan dengan jangkitan kulat.
Selain itu terdapat juga jangkitan virus dari jenis Human Papilloma Virus (HPV) yang mana akan menimbulkan kutil-kutil di sekitar alat kelamin.
Lendir yang terhasil juga boleh terkesan dan menjadi medium kepada jangkitan penyakit yang boleh tersebar melalui hubungan kelamin seperti penyakit Gonorhoe (kencing bernanah) dan sifilis.
Keputihan yang tidak normal adalah apabila ia dihasilkan dengan pengeluaran lendir yang tebal, melekit, berwarna kekuningan atau kehijauan, bahkan ada yang kelihatan kemerahan atau kecoklatan. Selain itu ianya berbau busuk dan kawasan pada sekitar vagina kelihatan kemerahan dan berasa gatal.
Sekiranya keputihan yang dialami adalah normal, ianya akan hilang dengan sendirinya selepas bersalin. Justeru jika dikesan perubahan lendir yang mencurigakan, eloklah bersegera mendapatkan rujukan daripada doktor agar ianya dapt segera diatasi.
tips dan panduan kehamilan:
tanda mengandung keluar susu . keluar urat ketika hamil . keputihan ketika mengandung . susu keluar ketika hamil . tanda mengandung keputihan .
Related Post
Bayi Sungsang
Kedudukan bayi songsang bukanlah satu masalah besar sehingga menyebabkan seorang ibu tidak bole
Sakit Punggung Ketika hamil
Gejala ini juga dikenali sebagai radang sendi pinggul dan punggung atau dalam istilah Inggeris
Kehamilan Luar Rahim
Adakalanya pada permulaan kehamilan, sel-sel yang bersatu gagal meneruskan perjalanannya ke da
ConversionConversion EmoticonEmoticon